Period akak ni kembali normal selepas 10 bulan terhenti. |
Fiber adalah serat makanan yang terdapat di dalam bijirin,sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak boleh dihadam ataupun diserap oleh tubuh badan seseorang manusia.Fiber sangat terkenal dengan keupayaannya mencegah dan merawat masalah pembuangan air besar iaitu sembelit.Fiber ini diibaratkan sebagai penyapu ataupun berus halus yang membersihkan dinding usus kita dari kekotoran dan mendapan makanan yang melekap pada dinding usus kita.Selain itu,fiber juga mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit kardiovaskular.
Fiber ataupun serat mempunyai 2 jenis iaitu serat yang boleh larut(soluble) dan yang tidak boleh larut(insoluble).Serat jenis larut ini,apabila berada dalam darah kita ia diumpamakan seperti span kecil yang berupaya menyerap kolesterol dan ia juga boleh mengawal tahap gula dalam darah seseorang individu.Serat jenis ini boleh didapati dalam buah epal dan sitrus,bijian seperti oat,barley,kekacang dan sebagainya.Manakala bagi serat jenis tidak larut,ia bertindak bermula dari perut kita dengan menggalakkan pergerakan bahan buangan dan meningkatkan volum najis kita dengan menyerap air.Serta-merta najis akan menjadi lembut dan seterusnya dapat mencegah sembelit dan mengurangkan risiko penyakit buasir.
Kepentingan fiber/serat
-Ia mencegah sembelit
-Ia dapat menjaga kebersihan persekitaran usus agar kekal sihat.
-Ia berupaya mengurangkan kolesterol dalam darah dan mencegah risiko penyakit jantung.
-Ia mampu mengawal tahap gula dalam darah dimana ia boleh mengelakkan diabetes
-Ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan kerana ia membuatkan kita rasa cepat kenyang.Fiber mempunyai kalori yang amat rendah dan membuatkan kita kenyang lebih lama.
-Ia dikatakan berupaya mengurangkan risiko penyakit kanser kolon dan penyakit usus yang lain.
Menurut pakar-pakar perubatan seluruh dunia,perut merupakan sarang kepada segala penyakit.Ia umpama enjin kereta yang memproses bahan bakar untuk menggerakkan kereta.Perut berfungsi dengan menghadam,memecah makanan untuk menyerap segala nutrisi dan membekalkannya kepada seluruh sel badan kita.Ia adalah sebuah kilang untuk tubuh kita.Jika perut kita tidak bersih,sudah pastilah ia tidak mampu menjalankan tugasnya dengan optimum.Enjin kereta pun kita kerap hantar for overhaul untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.Begitu jugalah dengan perut dan usus kita.Usus yang tidak bersih membuatkan kita makan lebih banyak walaupun kita memang dah gemuk kerana apa yang kita makan itu tidak diserap sepenuhnya oleh perut kita.Sel-sel badan kita akan terus menghantar signal kepada perut meminta zat-zat terus dibekalkan kerana ia tidak cukup.Kita akan terus rasa nak makan dan makan seterusnya menyebabkan obesiti.
Oleh itu,anda digalakkan menambah jumlah serat dalam makanan.Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.Kurangkan makanan yang diproses seperti sosej,burger,nugget dan sebagainya.Namun begitu,mungkin ada di antara kita yang tidak suka makan sayur dan buah ataupun rasa leceh untuk mengunyah makanan ini.Dont worry,SSR mempunyai produk fiber yang terhangat di pasaran dan di pek dalam paket yang mudah dibawa kemana-mana.EVE FIBER terhasil daripada serat buah strawberry,serabut psyllium,serat larut jagung,fructooligosakarida,serat oat,rumput barley,aloe vera,estrak teh hijau,ubi bit,asid sitrik dan klorofil.Ia dah cukup merangkumi serat larut dan tidak larut yang sememangnya baik untuk badan dan usus anda!Anda hanya perlu ambil sebelum tidur atau boleh juga sebelum makan malam.Hanya bancuh dalam air sejuk/suam,kacau dan nikmati.Perisa strawberry.Sedap.....
Harganya 1 kotak RM70 jika anda beli 2 kotak anda dapat diskaun RM10.So.2 kotak hanya RM130.Anda dapat 30 sachets for 30 hari...Untungkan..Yang penting anda kena detox usus anda untuk kesihatan yang unggul.Dapatkan diskaun 5% hingga ke 10% sempena promosi Merdeka Raya SSR!!!FREE POSTAGE UNTUK SEMENANJUNG.SABAH/SARAWAK PLEASE ADD RM10.TQ-sara
.
No comments:
Post a Comment